Bahagian bahu adalah potongan kegemaran ramai orang. Hal ini kerana bahagian ini begitu penuh dengan rasa dan kelazatan yang tersendiri. Anda boleh menikmatinya sama ada memanggangnya atau barbeku. Adalah lebih baik untuk memanggang bahagian bahu pada suhu yang lebih rendah dan lebih lama untuk mencapai kelembutan yang maksimum. Secara alternatifnya, bahu juga merupakan potongan terbaik untuk kari. Tetapi kami percaya dengan memasak cara steak boleh mengekalkan rasanya yang asli dan pastinya dapat menikmati kelebihan yang kami sering tekankan.
Kelebihan Daging Prime Dorper yang pastinya menjadikannya sangat istimewa berbanding daging kambing yang lain. Rasa yang lembut, tidak berbau hamis, cepat serta mudah dimasak dan rasa lain dari yang lain antara kelebihan yang menjadikan Prime Dorper antara daging baka kambing biri-biri yang premium.

