THE GOAT AND LAMB CO. MENGHASILKAN KAMBING YANG PREMIUM DENGAN PENJAGAAN YANG SEMPURNA UNTUK MENGEKALKAN KUALITI DAGING YANG TERBAIK
Alamilah perbezaan daging PRIME DORPER dan ketahui sendiri apa yang membuatkan daging ini lembut, lazat dan unik. Boleh dimasak dalam apa jua cara sepertimana kebiasaan kita memasak daging namun kami percaya dengan mengekalkan senarai ramuan pada tahap yang paling minima mampu memelihara keunikan rasa daging PRIME DORPER. Ia sememangnya sesuatu yang diingini, rasailah dan alaminya sendiri keenakan dan keistimewaan PRIME DORPER yang sukar dicari ganti.
Karkas Prime Dorper akan melalui proses ‘ageing’ selama beberapa hari di dalam ruangan sejuk yang bersuhu antara 0-2 darjah selsius untuk membolehkan enzim secara semula jadi hadir di dalam daging dan memecahkan tisu-tisu otot. Proses ini penting untuk memastikan kelembutan daging berada di tahap maksima dan juga dimana potongan prime cuts dapat dilakukan.
Bagi mengekalkan kualiti daging, karkas Prime Dorper dipotong mengikut potongan prime cuts yang menghasilkan bahagian neck, shoulder, rib, rack, loin, bone in leg dan butterfly scotch. Bahagian-bahagian ini kemudiannya dipack lalu melalui proses vacum seal untuk mengekalkan rasa dan kesegaran daging. Daging Prime Dorper lamb boleh dimasak dengan pelbagai cara namun kami percaya dengan mengekalkan ramuan yang minima mampu memelihara keunikan dan keenakannya. Ia sememangnya sesuatu yang diingini.
