Bahagian yang mempunyai bentuk yang menarik seperti bahagian rack. Rib atau lebih dikenali sebagai tulang rusuk kambing ini dapat diperolehi daripada bahagian dada kambing Prime Dorper. Daging di bahagian ini lebih empuk dan manis disebabkan komposisi daging dan tulang . Rib juga antara bahagian yang mempunyai banyak tulang. Jadi tidak hairan ianya sangat manis dan sesuai dibakar serta dimasak dengan cara aneka sup. Cara penyediaan yang singkat dan mudah menjadikan ianya pilihan orang ramai yang khususnya ingin memasak hidangan yang berbeza.
Kelebihan Daging Prime Dorper yang pastinya menjadikannya sangat istimewa berbanding daging kambing yang lain. Rasa yang lembut, tidak berbau hamis, cepat serta mudah dimasak dan rasa lain dari yang lain antara kelebihan yang menjadikan Prime Dorper antara daging baka kambing biri-biri yang premium.

