Bahagian ini merupakan potongan yang berhubung kepada shoulder atau bahu. Prime Dorper neck merupakan bahagian yang paling baik digunakan untuk membuat rebusan kambing. Isinya yang sangat lembut dan disukai ramai apabila anda teringin untuk masak aneka sup. Memerlukan masa yang singkat untuk penyediaan merupakan salah satu keistimewaan bahagian ini. Proses penyediaan masakan juga menjadi singkat dan mudah menjadikan ianya pilihan orang ramai.
Kelebihan Daging Prime Dorper yang pastinya menjadikannya sangat istimewa berbanding daging kambing yang lain. Rasa yang lembut, tidak berbau hamis, cepat serta mudah dimasak dan rasa lain dari yang lain antara kelebihan yang menjadikan Prime Dorper antara daging baka kambing biri-biri yang premium.

