Salah satu bahagian yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat kerana bahagian ini sangat baik dimasak cara steak atau barbeku. Rasanya yang unik dan sangat lembut. Loin merupakan bahagian dari belakang bahagian rusuk sehingga bahagian pinggang, ia adalah bahagian yang terbaik apabila dipotong tebal. Komposisi lemak yang sedikit menjadikannya istimewa dan menarik apabila dinikmati. Mudah dimasak dan masa penyediaan yang singkat sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmatinya dalam kadar yang segera.
Kelebihan Daging Prime Dorper yang pastinya menjadikannya sangat istimewa berbanding daging kambing yang lain. Rasa yang lembut, tidak berbau hamis, cepat serta mudah dimasak dan rasa lain dari yang lain antara kelebihan yang menjadikan Prime Dorper antara daging baka kambing biri-biri yang premium.

