Potongan ini telah menjadi sangat diingini kerana bentuknya yang hebat, konsistensi yang boleh dipercayai dan cara penyediaan yang mudah. Isinya yang sangat lembut dan banyak menyaluti tulang menjadikan ianya salah satu bahagian kegemaran ramai orang. Ia juga sangat baik untuk barbeku atau dipanggang. Menjadi pilihan apabila melibatkan aktiviti seperti pesta atau majlis keluarga. Potongan daging ini sangat sesuai bila dihidang dengan beberapa komponen sayuran pilihan seperti brokoli, rosemary, lobak merah atau coleslow.
Kelebihan Daging Prime Dorper yang pastinya menjadikannya sangat istimewa berbanding daging kambing yang lain. Rasa yang lembut, tidak berbau hamis, cepat serta mudah dimasak dan rasa lain dari yang lain antara kelebihan yang menjadikan Prime Dorper antara daging baka kambing biri-biri yang premium.

